Kelab Diskusi Ilmiah

Ulama’ dan Kehidupan Masa Kini

Posted by admin on January 15, 2007

Download rakaman video wawancara SS Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri bin Zainul Abidin dlm rancangan Isu Semasa (14 Jan. 2007) yg membincangkan tajuk Ulama’ dan Kehidupan Masa Kini

Wawancara Dr. MAZA 01
Wawancara Dr. MAZA 02

(right click + save as)

Posted in Isu Semasa | 1 Comment »

Salah Pakej Dalam Islam Timbulkan Ketakutan Pada Masyarakat – Mufti Perlis

Posted by admin on January 15, 2007

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Cara agama Islam ditonjolkan atau dipakejkan telah menimbulkan salah faham dan ketakutan di kalangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya bukan sahaja sebagai tidak menarik malah sebagai agama yang menghukum.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pakej Islam yang ditonjolkan oleh masyarakat Islam itu sendiri secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa agama Islam lebih banyak menghukum daripada mendidik.

“Islam agama cantik, hebat, tidak ada agama yang boleh menyainginya, tetapi cara kita pakejkannya salah sehingga menyebabkan ia menjadi tidak menarik bahkan menakutkan, menjadi agama yang menghukum, bukannya mendidik,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Bicarawara isu semasa di RTM1, Ahad malam. Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa | 1 Comment »

Hukuman tidak bertamadun

Posted by admin on January 2, 2007

GAMBARAN awal yang tersebar di seluruh dunia melalui media Barat mengenai kematian Saddam Hussein ialah kegembiraan yang melonjak-lonjak di kalangan beberapa kumpulan rakyat Iraq di dalam dan di luar negara tersebut.

Seterusnya, secara beransur-ansur dan hati-hati, kita disuakan dengan kesedihan dan rasa kesal sesetengah pihak lain.

Reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak ini menolak dakwaan yang menyatakan terhapusnya Saddam Hussein akan menyelesaikan masalah di Iraq.

Sebaliknya, seperti yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan dan meningkatkan keganasan di Iraq, sekali gus melenyapkan peluang perdamaian dan mengembalikan keamanan di negara itu. Read the rest of this entry »

Posted in Isu Semasa | 1 Comment »

Ibn Taimiyyah (rahimahullah)

Posted by admin on December 27, 2006

A’kum wrt…

Disebabkan terdapat permintaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ibn Taimiyyah (rahimahullah), maka disertakan di sini biografi ringkas berkaitan beliau, serta beberapa hasil tulisannya yg dikenali di seluruh dunia Islam.

Untuk maklumat lanjut tentang Ibn Taimiyyah, sila ke lmn ini: Muslim Philosophy

THE BIOGRAPHY OF IBN TAIMIYAH (rahimahullah)

Taqi ud-Din Abu-l-‘Abbas Ahmad Ibn ‘Abd al-Halim Ibn ‘Abd as-Salam Ibn Taimiyah al-Harrani al-Hanbali, was born on Monday the 10th of Rabi’ al-Awwal 66l H./22nd of January 1263 C.E. at Harran. His father fled with his family from Harran to Damascus in the year 667 H./1268 C.E. out of fear of the Tatars who invaded the land of Islam and were very close to Harran. In Damascus, the center of Islamic studies at that time, Ahmad Ibn Taimiyah followed in the footsteps of his father who was a scholar of Islamic studies by studying with the great scholars of his time, among them a woman scholar by the name Zainab bint Makki who taught him hadith.

He completed his studies when he was a teenager and at age 19 he became a professor of Islamic studies. Well versed in Qur’anic studies, Hadith, fiqh, theology, Arabic grammar and scholastic theology, etc., he started giving fatwas on religious legal matters without following any of the traditional legal schools, the Hanafi, Maliki, Shafi‘i and Hanbali. He defended the sound prophetic traditions by arguments which, although taken from the Qur’an and the Sunnah, had hitherto been unfamiliar to people of his time. The freedom of his polemics made him many enemies among the scholars of the traditional Orthodox Schools, who falsely accused him, of all kinds of heretical beliefs. Among them was the famous Muslim medieval traveler, Ibn Batutah, who visited Damascus while Ibn Taimiyah was in jail. This did not hinder Ibn Batutah in testifying in his book that “he witnessed Ibn Taimiyah on the pulpit saying, ‘every night Allah descends to the lower heaven like my descent’, and he descended one step down the pulpit”.1 From reading this ‘aqidah we learn that Ibn Taimiyah accepted the attributes of Allah without questioning (bi-la kaifa).2 Read the rest of this entry »

Posted in Sirah & Tokoh | 2 Comments »

Audio: Debat KDI-IMIJ & Forum Perpaduan

Posted by admin on October 21, 2006

1. Debat KDI – IMIJ : Download Bhg 1, Bhg 2

2. Dialog Perpaduan KDI – IMIJ- KUJ: Download

Posted in Ilmiah | 1 Comment »

APABILA GOLONGAN AGAMA MENYEBABKAN AGAMA MENJADI LEMAH

Posted by admin on September 12, 2006

Oleh: Dr. Mohd. Asri bin Zainul Abidin

Pada bulan September lepas saya turut membentangkan kertas kerja dalam Seminar Hukum di UM. Ramai yang email dalam meminta bahan tersebut dari saya kerana mereka tidak dapat hadir. Secara umum fokus kertas kerja saya mengenai Islam Liberal. Saya cuba menjelaskan tentang kelemahan golongan agama di sudut pemikiran, ilmu dan sikap telah menjadi punca munculnya aliran-aliran yang menyanggahi agama yang tulen.

Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya akidah yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen.

Bahkan ada istiadat dan pegangan bangsa yang menyanggahi syarak menggantikan tempat agama. Wanita Islam di Pakistan umpamanya, begitu ditindas di sudut hak sebagai wanita, bahkan sebagai insan. Anak perempuan bagaikan hak dagangan bapanya yang mempunyai kuasa mutlak mengahwinkan dia kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa diizinkan sebarang bantahan dari empunya tubuh. Isteri pula bagaikan hamba abdi suaminya yang diberi kuasa oleh budaya setempat memukul dan menyiksa.  Read the rest of this entry »

Posted in Dakwah | 1 Comment »