Kelab Diskusi Ilmiah

Penyelewengan Rufaqa’

Posted by admin on June 1, 2006

Lihat video :

Video 1, Video 2

Ceramah yang disampaikan oleh Mejar Abu Zar di dalam satu majlis yang diadakan di Kajang. Antara kandungan ceramah :

a) jika ada org-org jemaah yg jatuh sakit, ashaari akan dpt tahu dulu.. ashaari akan tanya pd Allah, sakit yg mcm mana.. jika ok, maka ashaari izinkan.. jika lihat pengikut tu tak cukup kuat utk terima musibah (iman tak kuat), maka ashaari minta Allah turunkan sakit tu separuh jer.. separuh lg beri pd ashaari

b) jika ada org-org jemaah dh sampai ajal, ashaari akan dpt tahu dulu.. ashaari akan tanya Allah, mati tu dlm keadaan baik (husnul khatimah) atau buruk.. jika dlm keadaan baik, maka boleh cabut nyawa.. jika org tu tak sedia lg, maka ashaari minta ajal org tersebut ditangguhkan.. minta Allah cabut nyawa pengikut-pengikut lain yg dah sedia, atau cabut nyawa org-org di luar jemaah.. penceramah juga ada sebut bbrp nama yg dijadikan contoh..

c) bila pengikut ashaari sampai pd sakaratul maut, ashaari akan duduk di sebelah kanan.. maka syaitan tak berani dtg dekat sbb ashaari (org Tuhan) ada di situ

d) dlm kubur, ada lembaga putih (disebutkan 'ruh muqaddas mutiara abuya') duduk sblh mayat pengikut ashaari.. bila malaikat Munkar & Nakir dtg nak bertanya soalan, lembaga tu akan kata : "Ya Munkar, Nakir.. ni anak murid saya.. kalau ada apa-apa tanyalah saya".. jadi malaikat Munkar & Nakir x dpt buat apa-apa pd mayat tersebut sbb ashaari tu 'org Tuhan'

e) ashaari dtg dlm kubur utk anak-anak muridnya, sbb tiada amalan di dunia ni yg boleh menandingi amalan menjadi pengikut yg taat setia pd ashaari (shohibul zaman, pemuda bani tamim).. tiada amalan lain yg lbh hebat & lbh besar ganjarannya drp menjadi pengikut ashaari (PBT).. duduk semajlis dgn ashaari pun lbh hebat pahalanya drp solat 40 thn.. duduk dgn ashaari dlm satu kuliah lbh hebat pahalanya drp tahajjud seumur hidup.. inikan pula jika menjadi pengikut & murid yg setia.. pengikut-pengikut ashaari sama ada bertaraf ikhwan ataupun as-shohib

f) pd hari qiyamat, ashaari tunggu murid-muridnya yg setia utk beri syafaat.. al-Mahdi berdiri di sblh ashaari & turut bg syafaat.. sblh al-Mahdi adalah Rasulullah yg turut memberikan syafaat pd pengikut2 ashaari

43 Responses to “Penyelewengan Rufaqa’”

  1. Sapto said

    Wuih, jika ada orang macam tu hebat juga.
    Setidaknya, RAsulullah tidak hanya meninggalkan Quran dan Sunnah dalam bentuk kertas sahaja.
    Tapi ada orang yang boleh mewakili pribadi Rasululah zahir dan batin.
    So, perlu bagi yang ada akal dan masih waras tentu tidak akan menolak dulu.
    Mungkin pemahaman kita tentang Quran dan hadis itu yang salah bukan pemahaman Ustaz Ashaari yang salah.

  2. Hamba Allah dan umat Rasul said

    “So, perlu bagi yang ada akal dan masih waras tentu tidak akan menolak dulu.
    Mungkin pemahaman kita tentang Quran dan hadis itu yang salah bukan pemahaman Ustaz Ashaari yang salah. “….

    Heee.. sape yang berakal atau siapa bernafsu… Ni la dugaan umat akhir zaman, senangnye dipengaruhi hasutan Syaitan Nurrajim…

    ” b) jika ada org-org jemaah dh sampai ajal, ashaari akan dpt tahu dulu.. ashaari akan tanya Allah, mati tu dlm keadaan baik (husnul khatimah) atau buruk.. jika dlm keadaan baik, maka boleh cabut nyawa.. jika org tu tak sedia lg, maka ashaari minta ajal org tersebut ditangguhkan.. minta Allah cabut nyawa pengikut-pengikut lain yg dah sedia, atau cabut nyawa org-org di luar jemaah.. penceramah juga ada sebut bbrp nama yg dijadikan contoh..”

    mane pergi rukun iman yang ke enam?…

  3. ROSLI SIDEK said

    JGN LAYAN BENDA2 CAMNI ATAU YG SEWAKTU DGNNYER…..NANTI ORG AKAN KELIRU……
    SEBALIKNYA BINCANGKANLAH ASAS IMAN …….ASSALAMUALAIKUM…

  4. al-fateh said

    Firman Allah>: “maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” al-hujurat-6
    .

  5. JUANGKUDIS said

    AKU SKRG DLM DILEMMA, TAK TAU NAK TERUSKN ATAU BERHENTI DR TERUS DI TIPU. DARI SEGI AKHLAK AKU RASA TIADA JEMAAH LAIN YG DPT MENANDINGI JEMAAH RUFAQA TP DR BAB GHAIB2 ATAU AQIDAH AKU TAK LARAT. MGKN ILMU AKU YG CETEK AKU TAK TAU. YA ALLAH KAU BERILAH PETUNJUK PD HAMBA MU INI…BERILAH TANDA BESAR AGAR HAMBA MU INI TIDAK TERSESAT DI DLM PENCARIAN…..

  6. syafi said

    ana yakin dengan kenyataan ini

  7. syafi said

    saya yakin dengan kenyataan ini
    org akal tidak mungkin dapat menerima hakikat ini kerana ianya berkaitan dgn kerohanian yang susah utk difikir oleh akal

  8. abu zaid said

    tak habis-habis si abuya ni berfantasi dan tak habis-habis ketaksuban pengikut dia percaya dengan segala kekarutan yang si abuya ni dakwakan..

  9. abu zaid said

    mulutpun dah tuhan ambil nikmatnya untuk berucap dengan baik…tapi si abuya ni masih lagi syok sendiri dengan angan-angan mat jeninnya nak jadi mujaddid ye….kesian sungguh…

  10. HaiKaL said

    Kenapa kite ni yang berakal tidak mengkaji. Kenapa “si abuya ni masih lagi syok sendiri dengan angan-angan mat jeninnya nak jadi mujaddid” walaupun dah bermacam-macam kesusahan ditimpakan keatasnya. Bukankah ini tanda bahawa Abuya memang benar-benar mujaddid yang sedang memperjuangkan syariat Tuhan, kalau tidak takkan dia sanggup hendak menyusahkan diri dia semata-mata kerana Allah S.W.T sebagaimana diri kita malas hendak menegakkan islam.

  11. farhan said

    syukran jazilan atas komen anda semua..maaf sbb lmbt reply, ana bz sikit sblm ni..semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan menunjukkan kepada kita jalan yang lurus, ameen..

  12. ketayap putihh said

    Assalamualaikum,

    Ana rasa kita semua ni telah jauhmenyimpang dari landasan Islam yang sebenar.Pada Ustaz Ashari Muhammad ingin saya sarankan agar buatkan penafian di atas dakwaan org ramai tu kalau yang di dakwa itu tidak benar dan kalau yang didakwa itu benar maka buatlah satu muzakarah ilmiah secara berani bersama Para-para ulama. Sebutkan dalil-dalil Syarie atas apa yang yang Ustaz ajarkan pada anak-anak murid Ustaz.Kadang-kadang kita ni hanya berani menyebut berbagai-bagai teori di hadapan orang-orang jahil yang hanya mengangguk kepala sahaja tapi tak berani berhadapan dengan ahlinya.Kalau betul apa yang Ustaz cakapkan itu ada dlil-dalilnya maka ikutlah apa yang saya sarankan ini. Saya kesian tengok pengikut-pengikut yang tak tahu apa-apa menjadi mangsa. Mereka tu ikhlas nak cari Islam, tapi terpaksa hidup dalam Islam Ala-Ustaz yang tak ketahuan benar salahnya.Percepatkanlah Ustaz majlis tersebut dan janganlah hanya jawab dengan penulisan buku sahaja, kerana buku-buku yang dah keluar tu pun ada pertikaiannya, benarkah Ustazyang menulisnya atau ada penulis lain, lagi pun kalau jawab dalam buku macam tak berapa gentleman, ulama dahulu kala kalau difitnah seperti ini mereka berani berdepan dengan hujjah-hujjah serta kitab-kitab yang tebal-tebal dibaca dihadapan oraang yang tidak bersetuju dengan pandangannya, Ustaz bawalah kitab-kitab yang Ustaz jumpa dalilnya dan bacakan kepada kami ni, teringin juga kami nak dengar Ustaz bentangkan hujjah-hujahnya , paling tidak kita dapat bermuzakarah dan bertambahlah sikit ilmu kami.Oklah Ustz, kami tunggu jemputan Ustaz Untuk kita bermuzakarah dan jemputlah pensyarah-pensyarah dali fakulti usulludin di Universiti-universiti ternama di negara kita dan kalu nak lebih bermakna jemputlah Ulama-ulama dari Azhar sekali. Percepatkanlah Muzakarah ni Ustaz agar segala yang masyarakat lontarkan pada Ustaz dapat di jawab secara ilmiah dan akedemik…

  13. Musafir said

    Ana lihat dunia sekarang semakin keliru kerana ilmunya semakin hilang. Siapa lagi kalau kita sendiri yang berilmukan akal saling tuduh menuduh sesat. Semoga Allah s.w.t memelihara kita dari kesesatan yang nyata. Terkadang kita tidak sedar dari cakap-cakap kita telah tersesat dengan sendirinya. semoga Allah s.w.t memimpin kita kejalan yang benar dari insan yang benar untuk memandu kepada kebenaran. Amin

  14. noor syam said

    menurut pandangan dan akal yang sehat kalau kiat
    kita tinjau apa yang dibentangkan didalam cerama cerama uztasashari itu sudah diluar ajaran islam.Tapi kalau memang uztas ashari ini bertanggung jawab atas ajaran yang di berikan itu benar tunjukkan Quran dan hadits nya. saya harap cukup sudah berdalih dalih dan menyesatkan orang orang yang mau beriman kepada Tuhan .Alangkah sesatnya dan menyesatkan apa inikah yang dimaksudkan Tuhan didalam Quran dan hadithnya bahwa diakhir zaman akan timbul ummat Nabi Muhammad yang mengaku dirinya sebagai mahdi tapi bukannya mahdi tapi dajjal yang keluar akan merusak seluruh ummat islam yang lemah imannya.kalau kita pakai akal yang sehat dan percaya adanya Tuhan kenapa kita mesti mudah dipengaruhi tentang ajaran rufaqa ini. Tidak ada didalam Quran dan hadith mengatakan apa bila seseorang mau meninggal ada ummat Nabi Muhammad yang boleh menangguhkan ajal seseorang kecuali Nabi Yang tertentu

  15. SIPUT SEDUT said

    Bagi saya apa yg diperkatakan oleh Saudara Abu Zar itu, ada kebenarannya kalau kita merujuk kepada mereka yang alim lagi beramal. Pendek kata apa yg dihukum sesat akidah itu sebenarnya adalah iktilaf. Kalau ditanya pada sheikh sheikh tarekat yang masyhur sekalipun mereka TIDAK berani mengiyakan kan perkataan Saudara Abu Zar itu sebagai – sesat akidah. Sedangkan perkataan Imam Ghazali (yang jelas bersandarkan hadith sama ada beliau menerimanya secara langsung atau dari gurunya) pun orang ada mengatakan beliau adalah ahli fasiq. Inikan pula berkaitan benda alam mukasyafah.
    Kesalahan yang saya nampak adalah pada Saudara Abu Zar, dalam soal benda sulit ni usahlah dibawa kepada umum. Kalau nak yakinkan anak buah pun bawalah contoh yg zahir. Peristiwa yg boleh nampak depan mata. Wallahu alam.

  16. SIPUT SEDUT said

    Senarai kitab tersebut untuk rujukan – sebelum kita menghukum Saudara Ashaari Muhammad dan jemaahnya sesat – Bagi diri saya – saya hanya mampu bertawakuf sebelum saya dapat baca kitab-kitab di bawah.
    Shaykh ‘Abdu-r-Razaq al-Kashani (Tawilat), Shaykh Sadru-d-Din al-Qunawi (Sharh Fusus al-Hikam), Jalalu-d-Din Rumi (Mathnawi and Diwan), Fakhru-d-Din al-Hamadani (Rub’iyyat) Ibnu-l-Farid al-Misri (Ghazal), Mahmud Shahristani (Ghulshan-e Raz), ‘Abdu-l-Karim al-Jili (Al-Insan al-Kamil), Ibn Hamzah al-Fanari (Miftah al-Uns), Nuru-d-Din Jami (Nafahat al-Uns), Imam Rabbani (Maktubat, expecially letter 55 & 163, Muntahabat, Ta’idu Ahl as-Sunnah, and Ithbat an-Nubuwwah), Khalid al-Baghdadi (Ihtiqad-Nama, and Risalah fi Tahqiq ar-Rabitah), ‘Abdu-l-Ghani an-Nablusi (Fayd al-Muqbas, and Khulasah at-Tahqiq), Khwaja Muhammad Hasan Khan (Al-Usul al-Arba’h), Yusuf an-Nabhani (Khulasah al-Kalam, Hujjat-Ullahi ‘ala al-‘Alamin, and Shawaiq al-Haqq), Malik ibn Shaykh Dawud (Haqiqah al-Islamiyyah fi Raddi ‘ala al-Mazhaim al-Wahhabiyyah), Muhammad Hayat Sindi (Risalah Ghayah at- Tahqiq), Omar Nasfi (‘Aqaid an-Nasafiyyah), Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi (Mukatib as-Sharifah), Ahmad Waliyy-Ullah Dehlawi (Al-Insaf, Ikd al-Jayyid, and Al-Mikyas), Ahmad Ibn Zayni Dahlan (Futuhat al-Islamiyya, and Khulasah al-Kalam), Jajalu-D-Din as-Suyuti (Karasatu-t-Tanwir), Sulayman Ibn ‘Abdi-l-Wahhab (As-Shawaiq al-Ilahiyyah), Fadli-r-Rasul (Sayf al-Jabbar), the Egyptian Jami’at al-Madari (Nahs as-Sawiyyi fi Raddi ‘ala Sayyid Qutb wa Faisal Mawlawi), Ahmed Rida Khan Berlewi (Fatawa al-Haramayn), Siraju-Din ‘Ali Ushi (Nukbat al-Laali), Abu Muhammad al-Wailturi (Fatawa ‘Ulama’ al-Hind), Qadi Habib al-Haqq Permuli (Tanqid wa Tardid), Tahir Muhammad (Zahirat al-Fiqh al-Kubra), Muhammad Rebhami (Riyad an-Nasihin), Muhammad Yusuf al-Banuri (Al-Ustadh Mawdudi and Kashf as-Sublah), Sa’id ar-Rahman at-Tirahi (Habl al-Matin), Muhammad Bawa Wiltori (Hidayah al-Muwaffiqin), ‘Abdu-l-Wahhab as-Shahrani (Tadhkira al-Awliyyah, and Mizan al-Kubrah) Mudarris Hamid-Ullah Najwi (Al-Basayr li-l-Munkir at-Tawassuli bi-Ahl al-Maqabir), Muhammad Khadimi (Al-Bariqah), Muhammad Birjiwi (Tariqah al-Muhammadiyyah), ‘Abdu-r-Rahman Kutti (Sabil an-Najat), Rauf Ahmad Mujaddid (Durr al-Ma’arif), Dawud ibn Said Sulayman (Al-Mihah al-Wahbiyyah), Dawud al-Musawi al-Baghdadi (Ashadd al-Jihad) Mahmud Effendi al-Alusi (Kashf an-Nur), Muhammad Ibn ‘Abdi-Lllah al-Khani (Al-Bahjah as-Saniyyah), Hasan Dhu Zajwa’i at-Turki (Ir’am al-Murid), ‘Abdur-r-Rahim Mancuso al-Itali (al-Fatihah ma Hiya, ‘Ulum al-Tafsir al-Qur’aniyyah, and ‘Ala Khatam al-Wilayyah al-khassa al-Muhammadiyyah), Hajj Ibrahim Yare as-Somali (Tarbiyyah ar-Rabbaniyyah), Shaykh Ibrahim al-Ahmadi al-Idris (Azhimah al-Qadr), Mo’allim Hussein al-Badawi as-Siddiqi (Kalimat al-Muhlasin), Ahmad ‘Ali al-Layji al-Katibi as-Shahir (Fajr as-Sadiq), ‘Abdu-l-Hakim al-Arwasi (Sa’adah al-Abadiyyah, with tafsir by Shaykh Hilmi ‘Ishiq), Zahir Shah Ibn ‘Abdi-l-‘Azhim Miyanu-d-Din (Diya’ as-Sudur), Mustafa Ibn Ahmad Ibn Hasan al-Shati al-Hanbali (Nuqul as-Shari’ah), Muhammad Najib al-Mati’i al-Hanafi (Tathir al-Fu’ad), Taqiyyu-d-Din ‘Ali as-Sabaki (Shifa’ as-Siqam, and Intisar al-Awliyya’ ar-Rahman), Effendi Sadiq az-Zahawi (Fajru-s-Sadiq), Sulayman Islambuli (Miftah al-Falaq, and Khutbatu ‘Id al-Fitr), ‘Abdu-l-Majid Ibn Muhammad al-Khani (Sa’adah al-Abadiyyah), ‘Ali Muhammad al-Balkhi (Al-Hadiqah an-Nadiyya), Muhammad Mahbubu-l-Haqq Ansari (Hujjah al-Qati’ah), Qasim Ibn Qatalubgha’ al-Hanafi al-Bankoghi (Nur al-Yaqin), Qadi Habibu-l-Haqq Firmulewi (Dalayl al-Hujjaj), Ibn Ata’ Allah al-Iskandari, (Hikam, Lataif al-minan fi manaqibi Abi ‘Abbas wa Shaykhihi Abi Hasan, Miftah al-Falah wa Misbah al-Anwar, and Kitab at-Tanwir fi Isqah at-Tadbir), ‘Aziz Ahmad (Ta‘lim as-Shaykh Ahmad as-Sirhindi), Al-Aflaki (Manaqib al-‘Arifin), Muhammad ‘Abdu-l-Qayyum al-Qadiri al- Hazarawi (At-Tawassul bi-n-Nabi wa as-Salihin), Muhammad Hafiz at-Tijani (Ahl al-Haqq al-‘Arifun bi-Llah), ‘Abdus-s-Samad at-Tijani (Allah wa al-Rakam Sitta wa Sittin).

  17. pakngahp said

    Assalamualaikum ,
    izin kan saya perkenalkan diri saya dahulu sebelum terjun ke dalam
    gelanggang sebelum membuka bunga-bunga dan buah-buah kuntau dan kung-fu
    yang sedikit masa dahulu diajarkan kepada saya oleh Jet Li , Bruce Lee ,
    Jacky Chan dan yang terakhir sekali Stephen Chow sebelum mendapat black
    belt den 7 . Nama saya Pak Ngah. Nama glamor Pak Ngah Pilah sobab banyak
    kali lalu dan pergi Kuala Pilah. Ada pulak kerabat dekat Juaseh tu haa ,
    elok sangat la tu kalau saya perkenalkan diri saya sebagai Pak Ngah
    Pilah. Cukup takat tu aje tentang “National Geographic” diri saya.

    Walaupun Pak Ngah tulis-tulis ni macam saja-saja , tetapi kerana ada
    apa-apa lah maka tulis saja-saja Pak Ngah ini bukan suka-suka. Kerana
    cerita-cerita dah banyak-banyak keluar, maka rasanya Pak Ngah kena juga
    cerita-cerita nak gantikan cerita-cerita karut oleh puak-puak dan
    suku-sakat tertentu kerana nak jatuhkan dan mencemarkan imej serta
    kredibiliti seseorang yang Pak Ngah kenal dan tahu siapa dia dan
    peribadinya . Figure yang Pak Ngah nak ceritakan dan ketengahkan pada
    anda semua ialah tak lain dan tak bukan Executive Chairman Rufaqa’
    Corporation Sdn Bhd iaitu Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi.
    ( Menurut buku Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi Pemimpin
    Paling Ajaib Dizamannya ).

    Tengok pada tajuk aje pun dah meremang bulu tengkok Pak Ngah. Itu tak
    dicampur adukkan lagi oleh satu akhbar tabloid yang cinonit yang
    ceritakan pasal Abuya nak gantikan New York dengan Putrajaya. Dicampur
    pulak lagi dengan press dan media elektronik yang kata berbagai-bagai
    perkara dan unsur-unsur yang sangat negatif terhadap ECR ( Executive
    Chairman Rufaqa’). Pak Ngah baca sekali harung dan sekali pandang ,
    adakala kat muka depan dan adakalanya kat muka 4. Jadi Pak Ngah pun
    kenalah pulak meneliti dan mengkaji berita yang ditulis , dan kenalah
    jugak Pak Ngah asah balik ilmu yang Pak Ngah belajar daripada Alfred
    Hitchcock untuk tangkap Dr Jeckyl dan Mr Hyde dekat London dulu.
    Maknanya kena jadi private investigator balik lah. Jadi hasil siasatan
    dan juga kajian yang dah dibuat hasil kerjasama CSI-New York dan Miami
    Vice maka terbuktilah bahawa terdapat beberapa penemuan DNA dalam
    siasatan Pak Ngah and the team untuk dibentangkan kepada anda semua agar
    tatapan ini boleh jadi pandangan kedua terhadap ECR yang sangat-sangat
    impartial lapurannya oleh media dan pihak-pihak tertentu. Ialah dalam
    undang-undang sivil sekalipun , sebarang pertuduhan yang dikenakan
    terhadap seseorang , maka ianya hanya bersalah setelah dibuktikan
    bersalah di mahkamah , bukan main “boh” dan ledak aje pada masyarakat
    umum supaya ECR dipandang serong dan negatif oleh masyarakat sebagai
    pembawa ajaran sesat yang nak hidupkan kembali Al-Arqam.

    Pak Ngah bukan nak bela kebathilan , tetapi sekiranya kebenaran , ianya
    adalah daripada yang satu , dan bukan 2 dan bukan tiga. Maka kalau
    kebathilan yang semakin berleluasa dijaja tanpa sebarang sekatan oleh
    puak-puak berauthoriti dalam agama ni , seperti hiburan-hiburan di media
    yang dipenuhi maksiat dan lucah yang majoritinya membabitkan orang Islam
    , maka Pak Ngah rasa tak salah lah kalau Pak Ngah nak cerita pasal yang
    haq pulak pada anda semua. Terpulanglah pada semua untuk membuat
    penilaian kerana siapalah Pak Ngah ni kalau nak dibandingkan dengan
    kisah Rasul yang membawa kebenaran pun ditentang oleh manusia di
    zamannya. Lebih-lebih lagilah ECR kalau ditentang oleh puak-puak dan
    golongan-golongan tertentu , lebih-lebih lagi orang suka buat kerja
    dengan tunggang orang lain untuk melampiaskan niat jahat dia pada ECR.
    Maka orang-orang yang terbabit , yang tak tahu dan yang sepatut tak
    perlu tahu , jadi tahu. Macam ada agenda lain pulak disebalik kisah
    Rufaqa’ nih.

    Berita tentang penangkapan lebih 100 orang di Shah Alam baru-baru ini ,
    boleh kira terperanjat jugaklah. Tapi bukan kerana 100 orang yang kena
    tangkap tu , tapi kerana yang menyerbu tu semuanya orang-orang JAIS
    belaka. Tanpa ada seorang pun pegawai di bahagian keselamatan seperti
    Polis , FBI , CIA dn sebagainya. Pulak tu dalam surat khabar ditonjolkan
    pulak seorang yang berserban dan pakai bush jacket sebagai specimen JAIS
    untuk dijadikan “prima facie” dalam hendak meng”establish”kan kes mereka
    terhadap ECR. Tapi sampai la ni , nama dan muka specimen JAIS tu tak
    didakwa dan dihadapkan ke mahkamah Syariah. Mungkin kerana muka tu
    glamor sangat kot sehingga boleh jadi model kosmetik dalam katalog “Avon
    2007”. Pulak punya nak dijadikan cerita , JAIS serbu mereka yang berada
    di Shah Alam tu , main serbu aje tanpa sebarang waran dari mahkamah.
    Polis nak geledah rumah orang pun pakai waran. Ini apa punya nama orang
    agama nih. Lagi teruk dari orang yang bukan daripada jabatan agama.
    Mereka ada jugak sistem dan law dalam mengambil tindakan terhadap
    suspek. Dan antara salah seorang yang ditangkap dan akan dihadapkan ke
    mahkamah syariah pada bulan Mei tahun depan diberikan surat untuk hadir
    ke mahkamah tetapi di ruangan pertuduhan dibiarkan “blank” kosong oleh
    JAIS. Kata dalam akhbar dan TV akan didakwa di mahkamah atas tuduhan
    cubaan menghidupkan kembali Arqam dan engkar dengan fatwa mufti. Dalam
    media bukan main jaguh , tapi yang sebenar macam puak dekat “Kow Loon”
    aje. Kalau nak kata engkar dengan fatwa muftilah , tahun 1975 dulu
    majlis fatwa kebangsaan dah keluarkan satu fatwa bahawa insuran tu harap
    kerana terdapat 3 unsur di dalamnya iaitu Gharar , Maisir dan Riba’.
    Tapi la ni berapa ramai orang Islam yang masuk insuran dan yang jadi
    ejen bahkan jadi tokeh pun ada. Fatwa tu pun disimpan dalam kendi dan
    disorokkan di tingkat 16 bawah tanah di bangunan JAKIM kot. Maknanya
    kalau nak ikutkan , lawan fatwa dan lawan mufti ramai dah , bukan
    setakat Rufaqa’ aje , malah tokeh-tokeh , ejen-ejen dan
    pemegang-pemegang polisi insuran konvensional nih. Maka kena tangkap
    jugaklah mereka-mereka yang menyebarkan unsur-unsur insuran yang dah
    diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang sama statusnya dengan Fatwa
    Pengharaman Arqam dahulu.

    Semenjak daripada peristiwa penangkapan lebih 100 orang oleh JAIS di
    Shah Alam hari tu , maka berleret-leretanlah cerita tentang Rufaqa’ yang
    di dakwa oleh JAIS dan bossnya sebagai pertubuhan yang sama seperti
    Arqam. Hairan bin ajaib betullah dia orang ni. Rasa-rasanya kalau kita
    periksa di dalam registrar of society , kita tak akan dapati bahawa tak
    ada satu pun pertubuhan yang dinamakan Rufaqa’. Tapi kalau kita nak
    periksa di bawah SSM , kita boleh lihat ada sebuah syarikat yang
    diperbadankan di Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh ECR yang menjalankan
    pelbagai aktiviti perniagaan dibeberapa buah premis di Malaysia dan juga
    di luar negara dan sehingga kini memiliki hampir 700 rangkaian
    perniagaan di seluruh dunia termasuk Perancis , Jerman , Jordan ,
    Australia , Thailand , Indonesia , Singapura , dan lain-lain lagi, Kalau
    JAIS nak dakwa Rufaqa’ sebagai pertubuhan , maka ramailah di antara kita
    dah kena kelentong dek JAIS. Dahlah drama yang mereka buat ketika sidang
    akhbar di Bandar Country Homes baru-baru menonjolkan imej “buas”
    penguatkuasa agama di negara yang kononnya nak jaga kesucian aqidah umat
    Islam , macam tak cukup skrip dan silap direktor. Mungkin dia orang
    terlupa nak tiru cara arwah Ahmad Nisfu jadi direktor dalam filem
    “Seniman Bujang Lapuk Kut” . Membuat kenyataan secara terbuka di
    khalayak umum tentang satu fakta yang tidak benar tentang satu badan
    perniagaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang hanya akan
    mengundang padah dikenakan tindakan saman dan yang pastinya pengarah
    JAIS 10 keturunan pun belum tentu dapat nak bayar.

    Kita semua tentu masih ingat kisah ayah pin yang dah dipecahkan teko
    besarnya di Terengganu oleh pihak berkuasa, tapi sampai laa ni , ayah
    pin masih lagi jual keropok longsong tanpa ditangkap dan masih bebas
    meskipun dah ramai sami Hindu meniarap kat tapak kaki dia sebagai
    pengiktirafan dia sebagai wakil kerajaan langit. Kes dia masuk juga
    mahkamah. Tapi dalam kes ECR , seboleh-bolehnya JAIS , JAKIM dan
    suku-sakatnya tidak akan mengheret ECR ke mahkamah kerana mereka khuatir
    tembelang mereka akan terbuka sehingga orang ramai akan membuat 2nd
    opinion terhadap ECR dan Rufaqa’. Ini yang mereka takut kerana di
    mahkamah akan berlaku hujjah. Apa yang diperjuangkan oleh ECR sepanjang
    hidup beliau akan diperdengarkan kepada semua orang. Semua fakta dan
    realiti akan diperbentangkan bagi mengukuhkan hujjah samada daripada
    JAIS mahupun daripada ECR sendiri . Barulah balance. Sekarang ni JAIS
    macam budak kecik yang ajak main kombat-kombat dengan orang lain. Orang
    tak nak main dengan dia sebab kalau dia main nak menang aje walaupun
    takkan menang punya. Di lastiknya orang , bila orang kejar dia balik ,
    dia nyorok belakang mak dia dan ngadu kat mak dia orang nak kacau dia.
    Macam tulah JAIS. Bukan nak menghina tapi kalau anda semua tengok akhbar
    dan tengok TV , mana ada ulasan yang sepenuhnya daripada Rufaqa’
    melainkan hanya daripada JAIS dan pengarahnya saja. Mungkin dengan cara
    begini , mereka boleh heret sekali pihak keselamatan dalam kancah
    pertelingkahan hasad mereka dengan ECR macam dulu-dulu.

    Pak Ngah dapat rasakan bahawa puak-puak ni bukan buat sendirian berhad.
    Ada orang lain di belakangnya yang suka baling batu sembunyi tangan.
    Kalau nak dikatakan buku terbaru ECR yang dikarang oleh isterinya
    Ustazah Khadijah Aam ditafsirkan sebagai cubaan menghidupkan Arqam ,
    sudah tentulah KDN dah lama bertindak. Ini KDN nafikan malah menyatakan
    bahawa ianya bukan isu keselamatan. Disetiap program besar-besar yang
    dianjurkan Rufaqa’ ramai wakil-wakil pihak berkuasa datang dan dijemput
    bagi menyaksikan sendiri apa agenda yang terdapat dalam Rufaqa’ nih.
    Anda semua bebas untuk membeli dan membaca buku terbaru yang dihebohkan
    oleh Datuk Abdul Rahman Palil ( DARP ) semalam sebagai cubaan untuk
    hidupkan semula Arqam. Anda sendiri nilailah samada benar atau tidak apa
    yang DARP cakap . Baru anda semua akan dapat jawapannya. Bagaimana
    kotornya mainan JAIS ini atas nama agama. Pak Ngah bukan tak boleh nak
    jawap guna hujjah dan dalil, tapi cara JAIS buat tindakan yang tidak
    mengikut lunas undang-undang , macam gangster aje , sedikit sebanyak
    merosakkan pandangan Pak Ngah tentang imej dan kredibiliti jabatan agama
    di negara ini. Takkan jadi “tai ko” pada Rufaqa’ dan ECR sahaja , tapi
    pada isu Melayu murtad yang dinyatakan oleh mufti Perak yang jumlahnya
    sangat membimbangkan tatkala jabatan-jabatan agama punya kuasa penuh dan
    peruntukan dalam pembangunan dan menjaga kesucian Islam di negara ini
    tak dapat dibendung malah makin hari makin bertambah , tak pulak
    tindakan mereka agresif sebagaimana yang dilakukan pada Rufaqa’. Monyok
    aje , macam orang kena sembelit , seminggu tak “buang”. Maka sebab itu
    Pak Ngah rasa tak guna dalil pun , guna rasional akal pun dah cukup.
    Sebab masyarakat telah diperlihatkan kepada satu badan agama yang lebih
    mirip kepada samseng dan bila dia cakap tak sorang pun boleh bantah
    kerana kalau dibantah , siap kena lanyak.

    Buat 2 helai akhbar yang satu kecil dan yang satu besar tu pulak ,
    rasanya Pak Ngah nak bagi per ingat sikit akan sejarah yang berlaku pada
    akhbar Melayu yang besar satu lagi. Elok belajar dengan mereka daripada
    tulis perkara merapu yang darjatnya hanya menyapu bumi dengan kepalsuan
    dan pembohongan oleh sang editor yang digenggam oleh puak-puak tertentu
    dalam lapuran yang dicetak. Kalau benar sekalipun Putrajaya nak
    menggantikan New York kan itu berita baik. Berita besar. Orang Melayu
    nak jadi boss dalam dunia ni. Taklah duk pikir periuk nasi dia dan anak
    bini aje kat rumah tanpa ada cita-cita besar nak suruh George Bush
    melutut depan umat Islam. Bila ECR cuba nak bawa orang Melayu fikir
    besar , satu puak ni pulak suruh jadi hati tungau. Bukan dia tak tahu ,
    New York tu pusat penjanaan minda dan racun Yahudi. Kalau letak di
    Putrajaya , bawah orang Melayu Islam , kan “power” tuh. Macam
    cerita-cerita “power” yang anda semua dengar tu lah. Sekarang ni JAIS
    sampai kiamat pun takkan tahu bagaimana nak lawan Yahudi dan Nasara
    sedangkan setiap hari mereka merancang untuk hancurkan umat Islam. JAIS
    masih lagi tidur dan yang mereka hanya tahu nak hancurkan musuh mereka
    yang sangat-sangat mereka “alergi” terhadapnya iaitu ECR. Macam orang
    yang kena “Poison Ivy” atau orang kampung cakap “kaligata”. Sensitif
    sangat mereka dengan ECR sedangkan ECR adalah merupakan warganegara
    Malaysia yang merdeka dan bebas menjalankan aktiviti-aktiviti selagi
    mana tak melanggar undang-undang malahah berhak juga untuk menyumbangkan
    sesuatu kepada agama Islam yang dicintanya.

    Namun Pak Ngah berpandangan positif akan apa yang berlaku sekarang ini ,
    kerana yang haq itu tetap Allah bela dan yang kurap dan pekung tu
    apabila dah terdedah maka orang akan membuat penilaian masing-masing.
    Sekarang boleh tutuplah dengan authoriti dan title, tapi bila masanya
    tiba kelak Allah Ta’ala akan sedarkan mereka. Dan pada bacaan Pak
    Ngahlah kan , cara Allah Ta’ala beri kesedaran pada manusia sangat luar
    biasa hingga Allah nak lenyapkan 1/2 juta orang dalam 15 minit sahaja
    tak ada hal. Jadi awaslah dan kembalikanlah yang haq itu pada tempatnya
    agar kita dipelihara oleh Allah. Mudah-mudahan kita semua diberikan
    hidayah oleh Tuhan untuk menilai yang haq dan yang bathil.

    Cukup sebagai first round daripada

    Pak Ngah Pilah

  18. mentarang said

    Saya setuju sangat dengan sikap yang diambil Siput Sedut. Elok sangat dibaca buku-buku tesebut dulu. Menuduh sesat melulu atas sebab ulama lain atau orang lain kata atau sebab memang kita semata-mata jenis pak turut adalah tidak tepat dan perbuatan yang tersesat juga.

    Tak akan ada titik pertemuannnya jika tidak perkara ini tidak disuluh dari paradigma tarikat, karamah para aulia dan qudrat Allah itu sendiri yang semua itu diterima dalam aqidah ahlussunnah wal jamaah yang diasaskan oleh Imam Abu Hassan Asyaari Mujaddid kurun ketiga hijrah dulu.

    Kalau disuluh dari kacamata Wahabi semua yang begini2 adalah sesat belaka sedangkan itulah kesesasatan wahabi yang sangat cepat menuduh sesat malah mensyirikkan orang. Bab ni kena mengajilah baru tau.

    Utk pengetahuan semua VCD saudara Mej Abu Dzar itu hanyalah untuk edaran terhad sahaja (untuk orang2 tertentu sahaja) bukan untuk umum dan kuliah tersebut hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja. Malangnya dah nak jadi cerita antarabangsa VCD tersebut terlepas ke tangan musuh-musuh Us Ashaari. Maka disitulah bermulanya cerita antarabangsa ni. Begitulah yang dimaklumkan oleh sumber yang sangat boleh dipercayai. Orang-orang Ashaari pun sangat tahu mana yang patut untuk edaran umum mana untuk member sahaja, bukan apa sebab ramai sangat umat Islam ni yang jahil-jahil belaka takut nanti jadi fitnah. Jadi yang mula buat fitnah ini bukan saudara Mej Abu Dzar tapi musuh-musuh Ashaari yang hanya tunggu peluang untuk bohong umat Islam yang rata-rata ilmu agama sangat cetek apatah lagi ilmu tarikat, karamah wali-wali.

    demikianlah adanya. tk

  19. admin said

    rujukan umat islam adalah al-Quran dan as-Sunnah, semuanya disuluh drp kacamata 2 sumber ini… hatta thariqat sendiri tidak patut bercanggah dgn syariat yg tlh disampaikan oleh Rasulullah SAW & golongan salaf

    ajaran Rufaqa’ tlh diwartakan SESAT krn bersalahan dgn aqidah ASWJ, jgn ada lg yg cuba nak justify dgn alasan yg bukan2..

  20. CICIT said

    ASSALAMUALAIKUM,

  21. CICIT SHEIKH SUHAIMI said

    NANTI KITA AKAN TAU JGAK SIAPA YANG BETUL DAN SIAPA YANG SALAH…

  22. CICIT SHEIKH SUHAIMI said

    ALLAH MAHA MENGETAHUI…NAMA MOYANG SAYA DIJAJA SANA SINI…KAMI AKAN AMBIL TINDAKAN KE ATAS USTAZ ASHAARI…KAMI ADA BUKTI-BUKTI YANG BANYAK UNTUK MENGESAHKAN YANG USTAZ ASHAARI ( RUFAQA CHAIRMAN ) MENGAMALKAN AJARAN YANG SESAT DAN MENYIMPANG….

  23. Mujaddid mengajak ummat supaya kembali kpd mengamalkan suruhan Allah mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan membawa amalan yang pelik2 yang tidak bersumberkan nas Quran dan Sunnah.

    Persoalannya pokok: Aurad Muhammadiyah amalan Ustaz Ashaari dan jemaahnya di sampaikan terus oleh Rasulullah s.a.w. kpd Sheikh Suhaimi padahal Sheikh Suhaimi bukan generasi sahabat Nabi. Hidup dalam kurun yang jauh berbeza.

    Aurad tareqat2 lain yang muktabar, sampai salasilah bertali-temali hingga para sahabah yang meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.

    Kenapa tak pertahankan Zikir Ma’thurat yang di ambil dari Hadith Sahih? Rasa bukan membuktikan kebenaran.

    Wallahu a’lam.

  24. Ass. wbr. Pada pembaca yang dihormati ini pengulangan sejarah,seperti abulahab,abujahal dan abu-abu yang lain karena merasa berkuasa maka berani menekan dan menyesatkan orang sepatutnya ulama resmi berkaca diri mengapa orang tak nak ikut kita padahal kita ulama yang berkuasa tetapi sebaliknya ikut ustadz ashaari dan telah banyak orang jadi baik dan bertobat disesatkannya pula sunggu
    jakim dan yang lain-sejenisnya ini mau merusakan aqidah umat bukan ustdz yang dituduhnya itu tapi Tuhan menjadi pembelah orang bertaqwa apapun yang engkau buat kekejaman dan fditna itu hanya akan merusakan kamu juga tunggulah balasan Tuhan

  25. insan biasa said

    Assalamualaikum….
    Satu Risalah akan dibuat oleh cucu sheikh Suhaimi Mengenai sheikh Suhaimi dan Amalan Aurad muhammadiah…Risalah itu ertujuan untuk membersihkan nama sheikh Suhaimi dan Amalan Aurad Muhammadiah…yang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu…Disini saya cuma terkilan kenapa Orang yang sudah meninggal dunia didakwa yang bukan-bukan …dan juga Amalan Aurad Muhammadiahdiselewengakn oleh pihak-pihak tertentu tanpa merujuk kepada piha nasab…

  26. insan biasa said

    Denagn keluarnya risalah itu nanti pihak umum akan tahu kebenarannya tentang amalan Aurad Muhammadiah
    dan Nama baik Sheikh Mohammad suhaimi

  27. ikhwan said

    Woi puki betul kau kata abuya sesat???!!! aku rogol kau kang!!!

  28. Firman Allah>: “maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” al-hujurat-6

    so berdasarkn firman Allah di ats tu, elok kite2 ni yang cetek ilmu agame ni, selidik tul2, elok lagi gi jumper je Us Ashaari tu sendiri.. kan lebih adil, dari dok tuduh org sesat, tah2 kite ni semayang pun lambat2 jer, tah2 x cukup 5 waktu lagi..sibuk kita dengan urusan duniawi sampai Tuhan dilupakan..

  29. heliconia said

    Menarik…

  30. CICIT SHEIKH SUHAIMI said

    ASALMUALAIKUM PADA IKHWAN…
    KAMU NI TAK ADA BUDI BAHASA KE…!!!!

  31. abuyak said

    Firman Allah>: “maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” al-hujurat-6

    so berdasarkn firman Allah di ats tu, elok kite2 ni yang cetek ilmu agame ni, selidik tul2, elok lagi gi jumper je Us Ashaari tu sendiri.. kan lebih adil, dari dok tuduh org sesat, tah2 kite ni semayang pun lambat2 jer, tah2 x cukup 5 waktu lagi..sibuk kita dengan urusan duniawi sampai Tuhan dilupakan..

    ek elehh……… apesal nak jumpa ustaz ashaari pulak?, weii, ashaari tu kalau petik jari, 10- 15 wartawan datang,
    patutnya ashaari yang buat kenyataan di media atau bersama ngn badan islam jakim/jab agama ke utk jelaskan semua permasalahan ini,

    Apa ingat pengawai agama islam malaysia/ wartawan malaysia ni duduk di 1000 tahun perjalanan cahaya ke sampai susah benor nk jumpe, benda ni simple sangat, ni abad 21 laa.. tefon, internet, email, youtube, semo ada, gunala saluran, ni asyik2 buat buku, asyik buat buku, pastu letak gamba ashaari besar2, meluat aku… bukannya nk bertindak jawab balas dgn pengawai agama.

    dalam kes ni ashaari bertindak dgn sengaja diamkan diri, disebabkan tula, ramai orang bodoh memuja dia sampai sekarang..kan bodoh tahap bangang lagi membangangkan tahap cipan tuu…

    dan kalaula pernyataan atas tu semua penipu, napa aashari and the gang tak saman?, napa takut?, napa buat bodoh?
    takde duit ke?, pdahal bayak duit rufaqa tu?, apesal tak tahankn diri or ni mmg betul,

    pikirla dgn kepala otak sendiri bukan dengan ashaari…

  32. Usam said

    Hanya wajah emosional bilang rufaqa sesat, saya bukan orang rufaqa, tapi beberapa sahabat2 karib saya di pontianak, ada di rufaqa, ternyata, sampai pada kesimpulan bahwa, mereka adlh jemaah biasa2 saja, ngak ada yang aneh!, bahkan saya selidiki kehidupan, amalan, mereka memang jemaah kebenaran, saya hanya kasihan dengan mereka yang tak hentinya memfitnah Assyari Muhammad, kenapa ngak sadar2, jgn krn ego, hati jd buta, Assyari tu orang biasa, dia tdk pernah mengaku2, wali allah. tp jika itu terjadi itu biasa2 saja, krn hal2 aneh juga terjadi pada wali2 masa lalu, belajarlah menghargai orang lain, dari anak kecil nih, sy bukan pemuja assyari, tp saya tak bisa menolak bahwa yang disampaikan assary itu KEBENARAN bukan Khayalan.

  33. islam said

    macam nila orang-orang rufaqa beritahu salasilah abuya kamu…dari nama abuya kamu hingga ke Rasullulah…jika takde memng sah abuya kamu tipu kamu…kalau benar abuya kamu pemuda bani tamim tunjukkan salasilah yang jelas supaya orang ramai tidak merasa ragu-ragu bahwa abuya kamu dari keturunan ahlul bait

  34. tiara said

    Risalah apanya?

    Keluarga Saiyidi di Kelang dan Singapura sekarang ini sudah berbaik-baik dgn org2 Rufaqa dan Abuya.

    Harap maklum.

  35. tiara said

    Sila layari blog di bawah ini;

    http://puterabanitamim.blogspot.com

  36. bidadari said

    alangkah indahnya hidup ini,kalaulah kita saling kasih sayang, kita saling bertabayyun terhadap suatu kebenaran,kita saling mengorekdi diri. ana berharap ustadz Ashaari dengan senang hati untuk menjelaskan semua hal yang menimpa secara terbuka di publik. dengan ini insyallah akan lebih mudah orang bisa menilai kebenaran apa yang ustadz bawa. mohon maaf sekiranya ana lancang. tapi islam akan benar-benar tampak indah dilihat kaum kafir kalaulah diantara kita tercipta suatu ukhuwah yang kuat. ukhuwah yang takkan pernah goyah bila perbedaan muncul diantara kita, yang menjadikan sebuah perbedaan itu suatu sarana kita untuk tetap bersatu. bukankah rosul kita mengajarkan kepada kita unutk tetap tidak berprasangka buruk terhadap orang lain dan juga MEMBUAT ORANG UNTUK TIDAK BERPRASANGKA BURUK TERHADAP KITA? bila kita sudah bisa melakukan ini, berarti kita membantu orang lain untuk terhindar dari dosa membicarakan orang lain.
    ana benar-benar MOHON MAAF bila ada hal yang tidak pantas diucapkan, karena ana hanyalah anak manusia biasa yang takkkan pernah luput dari sebuah kesalahan. terimakasih.

  37. pok mat said

    kebenaran terletak pada diri masing2,sebab tuhan menjadikan manusia sebaik-baik makhluk.diri manusia seumpama kitab seluruh alam.seluruh alam duduk pada diri kita.tuhan bagi akal untuk menyuluh diri kita.pada dirikita jalan menuju syurga atau neraka.pada diri kita jalan nasrani dan yahudi.fikir dan renung, guna akal yang tuhan kurniakan, atas akal manusia dipertanggungjawabkan melainkan dia gila.ingat iblis kerjanya untuk menyesatkan manusia.sahabat2 nabi yang terawal memeluk islam tidak pernah menyembah berhala atau mengikut ajaran nasrani dan majusi yang sesat kerana mereka mengenali kebenaran pada diri.setiap zaman iblis akan berusaha untuk memperdayakan manusia, bagi mereka yang beramal iblis memperdayakan amalnya.untuk menuju tuhan dengan ilmu oleh itu tuntutlah ilmu.bukakan akal.bersihkan hati.kenalilah kebenaran terlebih dahulu baru kenal orangnya.ingat iblis dan dajal memang tersedia menunggu untuk mengelincirkan manusia dari jalan yang lurus.awas jangan tertipu.

  38. sham said

    Salam,kembalilah kita kepada Al-Quran dan Sunnah,nescaya tidak akan tersesat kita selama-lamanya……..

  39. ghaza_almelakawi said

    assalamualaikum. ape la korang bincang ni.. jangan la pecahkan lagi umat islam.. kan lagi bagus korang bincang nak stukan umat islam.. pasal rufaqo assari tu… biar la dia.. dah dia dengil dia yang btul nak wat cmne.. tengok la nanti mane yang benar..

  40. zul_universe@yahoo.com said

    Salam..jangan dengar cite berkaitan abuya lg…semuanya karut dan sesat jauh menyimpang dari ajaran islam sebenar…berkaitan imam mahdi yg dimaksudkan adalah juga tidak benar…Sheihk Suhaimi telah lama meninggal dunia sejak tahun 1924….setelah 7 tahun selepas itu, semua amalannya termasuk aurad muhammadiah telah diangkat malaikat kelangit…amalannya tidak boleh digunakan lagi…jika digunakan juga…syaitan, iblis dan jin yg akan menjadi khadam pada amalan itu..jadi disini, sesiapa pengikut abuya, keluarla dari pertubuhan itu, kerana segala aset, harta dan kekayaan abuya adalah hasil usaha dari pengikut abuya sendiri….berkaitan imam mahadi..mmg akan muncul imam mahadi pada akhir zaman, tanda2 munculnya semakin hampir…kerana pada setiap zaman itu akan ada pemimpin dunia islam yg akan memakmurkan semula dunia ini…jadi sama2lah kita tunggu kemunculannya…tanda2 paling kuat adalah akan kedengaran suara dari langit, iaitu suara malaikat yg akan memberitahu kemunculan imam mahadi…semua umat manusia termasuk org kafir akan mendengarnya dalam kefahaman sendiri…bersiap sedialah saudara islam sekalian…kerana waktunya semakin suntuk…wallahualam..

  41. risa said

    Assalamu’alaikum wr wb.
    Saya hanya beri pendapat saya mengenai abuya. Abuya membuat hidup saya lebih baik dalam beragama.ABUYA benar.

  42. Mama said

    Walawyyyyy..geli geleman aku klu bc ttg abuya..ttg rufaqa ni..dulu boypren aku pun rufaqa..dia try tarik aku masuk..aku pun masukla kejap..

    Nak citer apa yg ada dlm rufaqa ni..stp kuliah dia xde sandaran law syarie..i mean yg 4 tu lah..quran, hadis, ijmak, qias..tapi yg ade hanya sajak..sajak ni semua dr minda si abuya ni..stp pengikut harus ada salinan sajak ni..walaweyyy aku pun ade..siap tlg baca utk audien lain lagi..hehehe lucu klu ingt..sajak ni kita kna hayati..an amazingly u ols nk tahu..sajak ni semua guna nama tuhan, bukan Allah. Fikirla sendiri..

    N plg aku x lupa, aku selalu berdebat dgn ex boipren aku ni, aku selalu kesal sikap dia yg mngagungkan abuya dia tuh..klu letak nabi muhammad n abuya dia..mmg sure dia pilih abuya dia..boleh fikir dak ketaksuban pngikut abuya yg se ni..

    Diringkaskan citer..aku tinggalkan dia sbb amalan sajak dia..yg x bersandarkan alquran n hadis tu tlh mnyebabkan dia x de pegangan yg sebenar..klu btul cara fahaman ni btl..dia tak sanggup merogol aku..bnci aku pada dia Allah je yg tahu..klu sayang aku dia takkan bt cmni..ikut syariat utk miliki aku..that means amalan abuya tu pun x smpi dlm hati dia..se lg.. Dia wat aku mcm pelacur..sesapa x percaya jgn pecaya..tp ni hakikat..klu aku nk pinjam sst dia akan ajak tidur satu malam dgn dia..ni samala dgn pelacur yg berbayar..banganng..dh thu kesesatan yg ada dlm dri ex aku tu.. Aku good bye kat dia..ko ingt aku ni haiwan..

    Kini aku bhgia dgn sorg lelaki yg simple dan suka bersedekah..alhamdulillah

  43. Huzaifah Osman said

    Sesat lagi menyesatkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: